Friday, June 26, 2015

Pulau Tiga, Sabah

Perjalanan kereta dari rumah ke jeti mengambil masa dalam 15 minit sahaja...tetapi perjalanan daripada jetii ke Pulau Tiga..memakan masa selama hampir 1 jam perjalanan dengan menaiki bot..alhamdulillah..cuaca baik sepanjang perjalanan cuma berangin sedikit...tetapi tidak mematahkan semangatku..

Tidak banyak gambar yang aku ambil semasa berada disini...suasana di sana mendamaikan.....
pengalaman yang sangat menerujakan ialah..disepanjang jeti..kamu akan melihat beribu-ribu ikan..sehingga air laut itu kelihatan hitam..sungguh..aktiviti yang  boleh dilakukan di sana dalah..berkayak..mandi lumpur dan bermain bola ..










Dia yang aku sayang.....

Dia yang aku sayang pergi tinggalkan aku....mengejar kesempurnaan yang diidamkan..
Hanya Allah saja yang tahu apa yang ada didalam hati aku..semua telah aku lakukan..ke mana pun aku pergi aku sentiasa ingat dia...sayangnya kehadiran aku hanya sandaran...terima kasih kerana hadir dalam hidup aku "awak" walau pun hanya sementara..seandainya perpisahan adalah yang terbaik..ya..Aku doakan yang terbaik..semoga kamu mendapat petunjuk dan hidayah dari Nya..amin....




Tuesday, June 16, 2015

Kokol Haven Resort


Kokol Haven Resort..berada di Menggatal..perjalanan ambil masa dalam 30 minit-1 jam kalau jalan tidak sesak.
Laluan ke sana memang simpang siur la..lagi simpang siur mengalahkan jalan Keningau-Kimanis..jadi..pastikan break kereta dalam keadaan baik..dan pemandu mempunyai "keterreraan"memandu di kawasan yang bergunung-ganang..
Resort ni terletak di atas bukit..daripada bukit ini..kita boleh melihat Bandaraya KK..waktu yang paling cun kita pegi adalah waktu bukan musim hujan sebab...kawasan ini akan dipenuhi oleh kabusss..mmg osem..tapi..malangnya semasa aku berkunjung ke sini..hujan turun renyai-renyai..kabus pun tiada..
By the way..sempat jugalah aku mengabadikan gambar-gambar semasa berkunjung ke sana...
















Felda Sahabat 16, Lahad Datu Sabah

Sebut nama Lahad Datu.. Mesti teringat pasal perang..perang di Tandou..takut..ada rasa gentar! Seingat aku..aku pernah ke bandar Lahad Datu pada 11 tahun yang lalu..lama kan..dalam fikiran ku..mesti banyak 
perubahan dan pembangunan yang telah dibuat di sana..okeh..ada juga rasa teruja..aku mengambil keputusan untuk tidak bermalam di Lahad Datu..atas sebab keselamatan..perjalanan ke sana hanya pergi sehari, pagi bertolak dr KK dan petangnya pula balik ke KK semula..perjalanan dr KK ke Lahad Datu dengan menaiki Mas Wing hanya mengambil masa 45minit...yang terujanya..perjalanan dr Airport LD ke Felda Sahabat 16 mengambil masa selama 1 jam 30 minit perjalanan. Jauh kan..sebaik sahaja landing..hati terusik..ada rasa sedih melihat bangunan hospital Lahad Datu..tempat arwah adik ku dihantar kerana terlibat kemalangan motor pada 7 Mei 2015 semasa dalam perjalanan dari Sandakan menuju ke Semporna..motor yang dipandu Arwah terbabas di suatu selekoh panjang berdekatan dengan sekolah Teknik Lahad Datu..Arwah sempat dihantar ke hospital dan menghembuskan nafas yang terakhir di sana.."semoga engkau tenang disana dan ditempatkan disisi orang2 yang beriman" amin #Al-Fatihah# 
Sampai di airport "kami" aku dan teman sepejabat ku dijemput oleh pihak Felda ..sepanjang perjalanan..mmg nmpak banyak perubahan..jalan raya semua berturap, tiada yg tidak berturap cuma kenderaan di sana kebanyakannya menggunakan kereta pacuan 4 roda..tapi kenderaan ini adalah kenderaan wajib bagi orang-orang di sabah..
Sepanjang perjalanan kami melalui kampung2.. aku terpandang batu penanda jalan yang bertulis "Tungku" menandakan tempat atau nama Daerah Tungku..aku teringat..aku punya kawan..seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku tinggal dikawasan ini..aku mengingat nama kampung..tapi..gagal.. Sehinggalah ketika kami melalui satu kampung, tertulis nama kg Telisai di dewan kampung yang berada ditepi jalan..ya...dia tinggal di sini..ini adalah kampung dia.."Ando"..nama yang telah lama aku lupakan..dia insan yang hadir didalam hidup aku semasa aku melanjutkan pelajaran di seberang lautan..ya Dia..insan yang punya hati yang jujur menyayangi aku..tapi jodoh itu di tangan Allah..kami berpisah setelah aku kembali ke KK. Okeh.. Lupakan kisah sedih itu.. Sepanjang perjalanan kami 
Melalui banyak estate persendirian dan akhirnya kami smpi di kawasan Felda..Felda punyai kemudahan seperti di bandar. Rasa tak sangka juga..
Memasuki gate untuk menuju ke Felda di kawal ketat oleh pihak tentera..dan setibanya kami di Felda Bandar Cenderawasih aku sangat teruja dan terkejut kerana bandar ini dipenuhi oleh anggota askar, polis yang bersenjatakan M16 dan juga kereta kebal yang berhenti ditepi stesen minyak petronas. Terdapat juga kem tentera di bandar Cenderawasih ini..dengan kelengkap 4 buah helikopter.wah...memang menyeramkan juga la..dan menerujakan..yang paling mengejutkan adalah...apabila memasuki kawasan Felda Sahabat 16..ya Allah..aku memang tak sangka kawasan yang dulunya diserang oleh orang-orang Sulu, rupanya mempunyai pantai yang sangat cantik dan lautnya sangat biru..ya Allah..memang sangat cantik..syukur sangat sebab diberikan peluang berkunjung ke sini..walaupun atas sebab meeting hehe..tapi didalam kawasan pantai ini... Ada kem tentera yang berkawal di sini.. Inilah moment atau the best view yang sempat aku ketik semasa berada d sana..