Wednesday, April 10, 2013

7 SIKAP WANITA KETIKA BERJALAN

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah


Golongan wanita seperti ini jalanya berginjat. Wanita ini kononya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Yang lebih parah lagi, wanita ini biasanya seorang yang BOROS atau suka membazir tanpa berfirki sebelum berbelanja. TETAPI jangan berkecil hati wanita ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki...

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini.. adalah wanita yang pandai menyimpan RAHSIA. walaupun ramai yang beranggapan wanita ini seperti tidak jujur, suka menipu teman sendiri dan merugikan teman bualnya, NAMUN, ramai lelaki yang berusaha untuk MENAKLUKI hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diurus..

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang- orang yang rapat denganya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ni SUKAR untuk ditawan hatinya kerana sikapnya yang dingin dan tidak memperdulikan percintaan. NAMUN, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, lelaki itu akan dijamin beroleh kebahagiaan kerana Wanita jenis ini sangat setia dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Memiliki PENDIRIAN yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sesekali menentang apa yang pernah dikatakanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh tetapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tidak hairanlah wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Badan Bergerak Ke Kiri dan Ke Kanan

Bersikap TIDAK AMBIL KISAH dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang dihadapinya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil walaupun sebenarnya masalah itu agak rumit. Disebabkan sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugiikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini TEGAS dalam menentukan sesuat. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampuri oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. TETAPI yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawab terhadap apa yang telah pernah dia lakukan dan dia juga MENYENANGI lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romanitknya.



7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badanya kelihatan sedikit bergerak ke depan dan ke belakang. wanita ini jenis yang LEMAH perasaanya. Dia seorang yang mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini hendaklah menjaga perasaannya agar dia tidak tersinggung kerana wanita seperti ni amat mudah mengalirkan air mata. 



Tip ini hanya panduan dan tidak semestinya betul kerana setiap individu itu adalah berbeza...Sekian Allahualam..




No comments:

Post a Comment